top of page

Kursus Latihan Pengendali Makanan

 

Objektif utama program Latihan Pengendali Makanan

 

1. Objektif Program : Mengurangkan kadar kejadian keracunan makanan

 

2. Objektif Kursus : Mematuhi kehendak Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009

 

3. Objektif Pembelajaran : Memahami dan meningkatkan kesedaran pengendali makanan ke arah amalan pengendalian makanan secara bersih dan selamat

 

Kandungan Kursus

 

1 - Pengenalan

2 - Kebersihan Makanan

3 - Keselamatan Makanan

4 - Faktor-Faktor Kritikal Keracunan Makanan

 

Syarat-syarat bagi menjalankan Kursus Latihan Pengendali Makanan.

 

1. SLPM perlu berdaftar dan diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

 

2. Tenaga pengajar yang terlatih dan diiktiraf oleh KKM

 

3. Yuran kursus tidak melebihi RM50.00. Jika SLPM ingin mengenakan caj bayaran melebihi nilai tersebut, mereka perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM).

 

4. Tempoh kursus bagi setiap sesi adalah tidak kurang daripada 3 jam.

 

5. Peserta kursus tidak melebihi 30 orang bagi setiap sesi.

 

Kuasa Perundangan

 

1. Skop perundangan meliputi makanan, premis dan pengendali makanan.

 

2. Peraturan-Peraturan Makanan 1985 meliputi aspek keselamatan dan kualiti makanan.

 

3. Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 meliputi aspek kebersihan premis, pengendali makanan  dan pengendalian makanan.

 

4. Menjaga kebersihan makanan adalah kehendak perundangan. Kegagalan mematuhi boleh menyebabkan:

i. Premis ditutup

ii. Boleh dikompaun atau didenda

 

5. Di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009:

i. Pengendali makanan yang tidak menjalani latihan pengendali makanan atau tidak memiliki sijil latihan pengendali makanan, tidak menjalani pemeriksaan kesihatan serta tidak mendapat suntikan vaksin anti-tifoid boleh didenda atau dikompaun tidak melebihi RM10,000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi 2 tahun.

ii. Suntikan vaksin anti-tifoid perlu diambil setiap 3 tahun sekali.

 

6. Di bawah Akta Kawalan Penyakit 1988: Apabila berlaku kejadian keracunan makanan, premis yang terlibat boleh ditutup dalam tempoh yang akan ditetapkan oleh pegawai berkuasa yang berkenaan (Maksimum 14 hari).

 

7. Selain itu, terdapat undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan atau PBT di setiap daerah yang menguatkuasakan beberapa peraturan dalam permohonan lesen premis makanan, gred kebersihan premis dan sebagainya.

 

Kepentingan Kesihatan Dan Keselamatan Makanan

 

1. MAKANAN TIDAK BERSIH dan TIDAK SELAMAT akan menyebabkan:

i. Keracunan makanan seperti muntah, loya, cirit-birit dan demam kesejukan

ii. Kecederaan dalaman seperti termakan bahan-bahan keras atau tajam seperti paku, kaca, batu dan lain-lain

iii. Penyakit seperti taun

iv. Kematian jika terlalu kritikal. Risiko kematian lebih tinggi di kalangan warga tua dan kanak-kanak

 

2. Kepentingan menjaga kebersihan:

i. Menghasilkan makanan yang bersih dan selamat

ii. Mengelakkan keracunan makanan

iii. Menarik minat pelanggan untuk membeli makanan

iv. Pelanggan berkehendakkan makanan yang bersih, berkualiti dan selamat. Makanan yang tercemar boleh mengakibatkan pelbagai penyakit bawaan makanan dan memberi kesan buruk terhadap imej perniagaan.

v. Tahap kebersihan yang tinggi juga dapat mengurangkan kecenderungan serangan perosak, meningkatkan jangka hayat premis dan peralatan.

Penceramah Kursus

 

Nama:  

Kamarudin bin Hasim

 

Kelulusan: 

- MSc (Food Technology: Product Development), The University of Tennessee, USA

- BSc (Food Science & Technology). The University of Tennessee, USA

- Diploma in Food Technology. ITM, Shah Alam, Selangor

 

Organisasi:

- MARDI

- PKPS Group

- F&N (M) Sdn Bhd

- Felda Oil Products (FOB)

 

 

bottom of page